Saturday, May 22, 2010

D.U.I.T. VS Duit

D.U.I.T = Duit.
Duit = Simbol kemewahan

D = Doa
U = usaha
I = Ikhtiar
T = Tawakkal


Bila bicara tentang D.U.I.T, pasti ramai yg teruja. Lebih-lebih lagi bila ianya mampu diperoleh dengan cara yang begitu mudah. Hinggakan tak perlu kita bersusah payah untuk menjana sumber ekonomi yang stabil. Dan dalam menjana sumber kewangan, ramai antara kita yang menjadikan DUIT sebagai inspirasi kejayaan. D.U.I.T. andai diterjemahkan dalam gabungan rangkaian penyuntik semangat boleh ditakrifkan sebagai D = Doa, U= usaha, I = Ikhtiar dan T = Tawakkal.

Tapi hendaklah semua jelas. Andai sesuatu cara mendapatkan duit itu adalah haram, maka Doa sekalipun xberguna. Usaha dan Ikhtiar mungkin boleh menambah dui
t. Tapi adakah wajar untuk kita berTawakkal untuk sesuatu yg haram?? Oleh itu, betapa mudah pun cara mendapatkan duit itu hendaklah disertai dengan faktor HALAL! Sama2 kita renungkan dan bermuhasabah andai sumber duit yang kita gunakan merupakan dari sumber yang mana? Haram atau Halal? Andai kata kita sudah tersalah langkah, maka bertaubatlah kerana Allah senantiasa membuka ruang TAUBAT kepada hamba-hambaNYA. Sumber Halal dan Haram inilah yang akan menentukan keperibadian kita dan generasi yang akan datang.

"MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA"

Bukan hendak menghalang anda semua daripada menjana sumber kewangan yang kukuh bak tiang seribu. Tapi wajarlah kita mendapatkannya dengan cara dan saluran yang betul. Menjana duit bukan semudah yang kita bayangkan. Mungkin ada, tapi hakikatnya disebalik kemudahan itu terdapatnya unsur2 yang sering mendatangkan kemusykilan yang penuh dengan syak wasangka. Namun, bila sebut saja DUIT.... Maka goyahlah iman. Sudahlah goyah, tapi masih berpegang dengan prinsip inspirasi D.U.I.T.

Harap2, apa yang dikongsi di sini dapat sedikit sebanyak membukan ruang minda kita semua dalam meneliti setiap perkara yang kita lakukan. Lebih tepat lagi diharapkan dapat membuka ruang minda MELAYU dan ISLAM yang sering mengabaikan aspek2 sebegini.

Yang baik datangnya dari ALLAH dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri ini sendiri. Andai ada apa2 perkara yang disalahsampaikan di sini, harap dapat ditegur. Wallau A'lam.