Tuesday, November 9, 2010

REZEKI TERPIJAK??

Bicara soal rezeki, ramai yg berpegang bahawa:

REZEKI = REJEKI
REZEKI = KEKAYAAN
REZEKI = KEMEWAHAN
REZEKI = DUIT TERPIJAK


Pendek kata, rezeki di anggapkan sebagai suatu perkara berkaitan dengan sumber kewangan yg melimpah ruah. Dan saya percaya, ramai yg berpendapat sebegini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------

Seringkali kali aku berdoa:

"Ya Allah, Kau murahkan lah rezeki ku.. Limpahi hidupku dengan rahmatMU"
"KAU Lapangkanlah dadaku, Tenangkahlah hatiku"
"Dekatkanlah diriku padaMu.. Usahlah kau palingkan diriku daripada nikmat ImanMU"

-------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Dan seringkali itu juga aku mengharapkan rezeki terpijak demi kesenangan duniaku. Sekian lama aku mengharapkan ALLAH mengurniakan aku kesenangan dari sumber kewangan dan tanpa kusedari ALLAH sebenarnya telah pun memberikanku rezeki yg amat melimpah ruah kepadaku dan juga seisi keluargaku. Dan konsep rezeki itu mula berubah dari sudut pandanganku.... Kini bagiku..

Keluarga yg bahagia itu juga rezeki
Negara yg harmoni juga rezeki
Tidak berlapar berhari2.. itu rezeki
Dapat menuntut ilmu tinggi juga rezeki
Anak juga rezeki
Perkahwinan itu juga rezeki
Jauh dari bebanan hutang.. itu rezeki
Anak yg soleh.. itu rezeki


------------------------------------------------------------------------------------------------
------------------------------------------------------------------------------------------------

Bertahun aku berdoa..
Dan tanpa mengenal erti putus asa..
aku terus berusaha..
dan aku bertawakkal..
setiap hari.....
ALLAH mengurniakan rezeki yg melimpah ruah.
Biarpun rezeki anak masih belum dianugerahkan..
ALLAH terus menyusun rezeki hidupku satu persatu
dan kini...

Aku punyai isteri yg sangat baik dan memahami
Aku punyai keluarga dan keluarga mertua yg sangat baik
Aku hidup dalam kesederhanaan dan tanpa rasa resah
Aku mampu membantu dan mendidik anak bangsaku
Dan baru2 ini.....
Aku telah diterima bekerja
Sebagai Pendidik bangsa..
Dengan bayaran yg cukup menampung hidup sekeluarga..
Jaraknya hanyalah 5 minit berjalan kaki dari rumah..
Dan jarak pejabatku hanyalah 20 langkah daripada Surau utama di kawasan itu.
Oh.. indahnya rezekiMU YA ALLAH.


KAU amat menyayangiku..
Saat aku mendirikan masjidMU..
Rupanya rezeki itu tidak pernah putus2..
Kau atur hidupku agar aku selalu dapat mendampingiMU..
KAU susun hidupku agar tidak lupus ingatanku terhadapMU walau sesaat..
Saat ku hentikan segala keluhan dan kerisauan..
Saat itulah KAU berikan segalanya padaku.
Terima Kasih YA ALLAH.
Terima Kasih buat Ibu & keluargaku, Isteri dan keluarga mertuaku atas sokongan yg diberi

-THE END-