Friday, March 18, 2011

Kekuasaan WANG!

P.T.P.T.N
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia
Kemudahan yg diberikan pada rakyat untuk membantu pelajar2 membiayai yuran dan menampung kos kehidupan.
Alhamdulillah, Syukur pada ALLAH atas segala kemudahan dan kesenangan.
......................................................


Jika di IPTA, Sekelepuk duit masuk. MEWAH!
Jika di IPTS Sekelepuk duit masuk tetapi, masih hidup dalam kesempitan..
Al-maklumlah, yuran mahal.
Atas dasar itu, mak ayah pun bagilah duit sedikit.

p/s: Bukan sume mak ayah kita ada duit ya! Please note that!

Alhamdulillah, mak ayah sanggup bantu anak2.
Bagi duit saku.
Bagi duit beli buku.
Bagi duit makan.
Bagi duit Topup.
Bagi duit......... Macam2 lagi.
Bila dapat duit, happy bukan main lagi.
(Yeaaa! duit da masuk! berkata dalam hati).

Mari kita menjengah pada HAKIKAT dan REALITI nya.
Perjalanan duit itu.

Kronologi bila dah Dapat duit..
Belanja kawan.. (alhamdulillah dapat pahala)
Beli Handphone baru
(untuk kemudahan komunikasi katanya. Wahh.. BLACKBERRY!)
Enjoy sana sini. (Tgk wayang, Karaoke, Clubbing, Shopping)
Call awek hari2. (RM30 sehari belom tentu cukup. Siap pinjam duit kawan lagi)

Belajar?? Oh no komen!
Back to reality again.... n again.....

Akhirnya,
Belum cukup bulan... call mak ayah mintak duit lagi.
"Tak cukup duit nak print assignment"
"Lecturer suruh beli buku lagi"
"Nak bayar sewa rumah"
"Harga makanan kat sini mahal"
(MAHAL?? oh.. KFC, MCD, PIZZA)

Walhal Mak ayah xde duit pun, tetap usaha cari duit.
Guna duit simpanan.
Potong perbelanjaan dapur dan rumah.
(semata2 nak jimat supaya dapat simpan duit utk sem akan datang)
Mau x mau.. akhirnya bagi lagi duit tambahan.

Bila dah dapat duit..
Makan sedap2. Mahal.
Kenny Rogers, Pizza Hut, Subway, Carl's Jr.
Belanja awek siap!!

Tapi xpernah kita nak terfikir
tak pernah kita nak teringat kan mak ayah
Mak ayah kat kampung makan apa?
Mak ayah kat kampung tu DAH makan ke?
Cuba pada saat anda nikmati makanan mewah itu..
Anda call mak ayah anda..
Bertanya..

Mak dah makan??
"Alhamdulillah, baru je lepas makan"
(Sedangkan kali terakhir beliau makan adalah waktu sahur tadi)

Abah makan ape hari ni??
"Huii.. rugi x balik, kami makan macam2 harini. Sedap. Masakan KAMPUNG!"
(Rupanya sekadar nasi berlaukkan ikan kering dan telor)
(Rupanya, lauk hari ini adalah sama dengan yg semalam)

Demi menjaga hati kita, demi xnak biarkan anak2 risau.
Demi xnak biarkan fokus anak2 terganggu.
Mereka membohongi kita.
Dengan harapan
Anak2 dapat belajar bersungguh2.
Menjadi cemerlang.
Dapat membantu keluarga.

Ringan2kanlah beban mereka
bantulah mereka. Gunakan wang dengan sebaiknya.
Kasihanilah mereka.
Jika anda merasa bebanan belasan tahun,
Ibu bapa anda menempuh susah payah puluhan tahun.
Demi kasih seorang ibubapa pada anaknya.

p/s: Moga sama2 kita dapat renungkan.


2 Comments:

At March 18, 2011 at 3:14 PM , Blogger Nasr Jamal said...

sama2 belajar menguruskan duit..... kalau gaji berjuta pun kalau xpandai urus xleh gak kan....

time study dulu dapat duit YAKIN seciput jer.... huhuhu (T.T) selamat lah bonda n kakak2 selalu tolong....huhuhuuhu

yg paling best kalau ada jumpa duit celah kain ker, celah buku ker....hihihihihi

alhamdulillah.... so, sekaranglah masa tolong balik bonda....

p.s : jgn lupa byr balik ptptn tu.....hahahaha

 
At March 18, 2011 at 7:50 PM , Blogger KataKataAriff........ said...

Alhamdulillah, PTPTN tu beransur2 di bayar. Betul bak, masa untuk menolong mak ayah n keluarga. Biar lah hidup bersederhana tetapi barakah. :)

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home