Saturday, August 28, 2010

Salah siapa sebenarnya?

“BACALAH DENGAN NAMA TUHAN YG MENJADIKAN MU”

“DIA TELAH MENCIPTAKAN MANUSIA DARI SEGUMPAL DARAH”

“BACALAH, DAN TUHANMULAH YG MAHA PEMURAH”

“YANG MENGAJAR MANUSIA DENGAN PERANTARAAN KALAM1590

“DIA MENGAJARKAN KEPADA MANUSIA APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA”

[AL-‘ALAQ : 1 – 5 ]

***1590: Maksudnya Allah mengajar manusia dengan perantaraan tulis baca.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan yang sangat penting dalam dunia pekerjaan mahupun pembelajaran hari ini. Justeru itu, PPSMI diwujudkan dan menimbulkan kemarahan kebanyakan rakyat Malaysia. Akan tetapi, selang beberapa tahun kemudiannya, PPSMI bakal dimansuhkan setelah kajian secara menyeluruh dan terperinci dijalankan oleh individu yg berkenaan. Malangnya, pemansuhan ini juga menimbulkan impak negative terhadap sebahagian besar ibubapa yg telah berbelanja besar demi memastikan anak2 mereka dapat menguasai pembelajaran dalam bahasa Inggeris dengan baik. Dan kini pula timbul isu untuk memasuhkan peperiksaan seperti UPSR dan PMR. Setiap keputusan pasti meninggalkan kesan positif dan negatif.

Walaubagaimanapun, diri ini terpanggil untuk meluahkan sesuatu membicarakan tentang sesuatu yang mungkin jauh lebih penting daripada PPSMI.

Tahukah anda antara kita masih ramai yang belum mampu membaca. Andai kanak-kanak berusia lingkungan 7 tahun masih belum boleh membaca, ianya bukanlah suatu realiti yang pelik. Pernahkah anda mendengar, remaja berusia 15 tahun dan 16 tahun masih belum boleh membaca? Mungkin ada di antara kita semua merasa pelik tetapi hakikatnya inilah yang berlaku. Persoalannya, bagaimanakah remaja berusia 16 tahun boleh lulus dalam semua mata pelajaran pada peperiksaan PMR nya? Pelik bukan? Adakah golongan ini lulus peperiksaan dengan membuat tekaan kepada setiap jawapan yang diperlukan? Bagaimana pula dengan soalan-soalan yang berbentuk subjektif? Itu mari sama-sama kita fikirkan.

Ketika diri ini menjangkau usia 22 tahun, aku dan beberapa rakan lain telah diundang oleh pihak sekolah kami untuk membantu mereka-mereka yang mempunyai masalah membaca ini. Alangkah terkejutnya kami seramai lebih kurang 10 pelajar lingkungan usia 15 – 17 tahun yang masih belum mahir dan ada yang tidah tahu membaca langsung. Siapakah yang harus dipersalahkan? Ibu bapakah? Gurukah? Kerajaankah?

Menurut pengalaman rakan-rakan yang mengajar di sekolah di seluruh Malaysia, ada antara mereka mengatakan masih terdapat ramai pelajar sekolah menengah yang belum boleh membaca. Apa yang menduka cita kan, pelajar ini rata-ratanya Melayu dan segelintir daripadanya adalah kaum Cina dan India. Lupakan sejenak tentang perkauman di sini, kerana seruan kerajaan sekarang ini pun adalah seruan 1Malaysia. Apa yang mahu ditekankan di sini ialah mengapakah masih kedapatan sejumlah besar masyarakat hari ini di dalam dunia “educated” ini masih belum boleh membaca?

Persoalan di sini ialah membaca! Bagaimana mahu belajar kalau gagal membaca? Bagaimana mahu memahami andai gagal membaca perkara yang hendak di fahami. Selaku orang yang mempunyai pengalaman, RAMAI ibubapa yang panik kerana anak-anak mereka masih gagal membaca? Persoalan seterusnya, apa yang kanak-kanak ini belajar di tadika? Mengapakah ibubapa masih gagal mendidik anak-anak untuk membaca? Punca nya apa?

Mungkin saya terlalu muda untuk mengatakan tentang permasalahan ini. Namun saya tetap terpanggil untuk meluahkan isi hati ini. Bukankah ramai ibubapa hari ini mengambil ringan dengan pendidikan anak2? Mengapa kebanyakan ibubapa hari ini menyerahkan 100% tanggungjawab mendidik anak2 kepada guru2 di sekolah? Asas kepada menjadikan individu berilmu itu ialah dengan MEMBACA. Anda boleh rujuk kepada ayat al-qur’an yang pertama diturunkan ke muka bumi.

DIDIKLAH ANAK2 ANDA WAHAI IBUBAPA SEKALIAN. JANGAN SEKADAR MENGAJAR. DIDIKLAH ANAK2 ANDA MENJADI INSAN BERILMU DAN BUKAN INSAN YG BERTERASKAN “EXAM ORIENTED”. SUDAH BANYAK KAEDAH BELAJAR MEMBACA DIPERKENALKAN DI MALAYSIA HARI INI. AMBILLAH SEDIKIT MASA UNTUK ANAK2. DIDIK MEREKA MEMBACA DENGAN PENUH KASIH SAYANG DAN INSYA ALLAH TAKKAN ADA MASALAH DALAM PEMBELAJARAN. MEMBACA ITU KUNCI KEPADA PENDIDIKAN.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home