Saturday, October 16, 2010

Jejari yang menekan keyboard

Klik .... Klik.. Klikk
Kedengaran bunyi mouse dipicit.

Tap ... tap... tap...
Kedengaran keyboard pula mula ditekan

Hilai ketawa mula kedengaran
Rintihan tangisan kadang kala menjelma
Di Facebook perasaan dilontarkan
Tanpa disedari, kita semakin tidak sedarkan diri.....


Hahahaha.. Alkisahnya ditakdirkan pada suatu hari, aku membuka lembaran email yg telah lama tidak diuruskan. Masya Allah, 2000++ email yang masih belum di buka. Dan kebanyakannya hanyalah email daripada FACEBOOK. Oleh kerana tidak mahir menggunakan yahoomail versi baru, aku terpaksa men "tick" satu persatu email yang tidak mahhu disimpan. Dan setiap kali sebelum aku "tick" kan email itu, ku teliti satu persatu.

"Aaahhh.. ni tak guna ni.. ni xperlu.. ni xpakai ni.. sume ni boleh delete. Aduh, nak tick all karang terdelete pulak email yg lama2 dan penting. Hmmm.. terpaksa la tengok satu persatu"

Dan akhirnya selesailah aku men"delete"kan sebanyak 1900++ email dalam masa 30 minit. Dan setiap saat yg berlalu.... bunyi Klik ... klik.... klik.... tap ... tap .... tap .... sentiasa menemani malamku. Dan akhirnya aku berkata:

"Fuuuhhhh.. habispun 1900++ email yg xpakai ni. "
"LAPANG sikit email aku ni"
"KEMAS DAN TERSUSUN"

Dan aku tersenyum pahit...
kerana menyedari sesuatu........
yang tanpa aku sedari, menyedarkan aku sendiri
termenung.... angkara teknologi.


Dalam masa 30 minit. Jari jemari sibuk menekan keyboard dan mouse. Dalam 30 minit, 1900+ kali jari ini bersentuhan dengan keyboard dan mouse. Dalam masa yg sama, sepanjang perjalanan itu, mulut ini tidak berhenti berbicara. Menyanyi.. ketawa dan sebagainya......
Astaghfirullah, begini mudah manusia leka dan alpa. Aku memperuntukkan 30 minit untuk menekan 1900++ email lama dan membacanya untuk mengetahui isi kandungannya. 1900++ bukanlah angka yg sedikit. Air mata mula bergenang di kelopak mata.

Seumur hidupku, tidak pernah aku lontarkan jari jemari untuk melurut tasbih sambil memuji2 kebesarannya selama 30minit. Tidak pernah aku melurut tasbih itu sebanyak 1900++ kali untuk mengemaskan diri ku kepada SANG PENCIPTA. Paling banyak diri ini mengira butiran tasbih hanyalah 33 x 3 = 99 kali setiap selepas solat. Apalah nilainya jika dibandingkan dengan 1900++

Dan kini telah aku sedari. Dalam masa 30 minit sebenarnya banyak yg kita mampu lakukan untuk mengemas kini hubungan kita dengan ALLAH. Cuma kita yang malas. Kita sebuk dengan hal2 dunia sedangkan kita tidak pernah berusaha gigih untuk mencantikkan amalan kita. Kita utamakan hal2 dunia sedangkan KEUTAMAAN ukhrawi kita abaikan.


PERSOALANNYA.... SEDARKAH KITA??
SEDARKAH KAMU??
SEDARKAH UMAT MANUSIA??
SEDARKAH MUSLIMIN MUSLIMAT SEKALIAN??

BAHANA TELAH MENIMPA..
HANYA KERANA KECANGGIHAN TEKNOLOGI
KITA LEKA DAN ALPA.
RENUNG-RENUNGKAN LAH.
MUHASABAH DIRI KITA.
MOGA BEROLEH KEBAIKAN.
SEKIAN.
WASSALAM.

1 Comments:

At October 16, 2010 at 5:37 PM , Blogger abessier said...

nice post....keep it up..... (sajer jer...nak test bleh post ke x nih) hahahahaah

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home