Saturday, October 30, 2010

Lucunya!

"Lucu ya.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid,tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill


Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"

Lucu ya.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung

Lucu ya.. Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Lucu ya.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya..Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 500 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya.. Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert,tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita,tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

Lucu ya.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara atau pun melakukan apa-apa.

Lucu ya.. Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan suratberantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali..

Tak lucu??Lucu-lucukanlah diri kita.. memikirkan yg lucu tu.."


** Sumber ini telah ditulis oleh seorang hamba Allah. Saya mendapat nukilan ini daripada seorang sahabat. Sekadar mahu berkongsi bersama teman2.

Saturday, October 16, 2010

Jejari yang menekan keyboard

Klik .... Klik.. Klikk
Kedengaran bunyi mouse dipicit.

Tap ... tap... tap...
Kedengaran keyboard pula mula ditekan

Hilai ketawa mula kedengaran
Rintihan tangisan kadang kala menjelma
Di Facebook perasaan dilontarkan
Tanpa disedari, kita semakin tidak sedarkan diri.....


Hahahaha.. Alkisahnya ditakdirkan pada suatu hari, aku membuka lembaran email yg telah lama tidak diuruskan. Masya Allah, 2000++ email yang masih belum di buka. Dan kebanyakannya hanyalah email daripada FACEBOOK. Oleh kerana tidak mahir menggunakan yahoomail versi baru, aku terpaksa men "tick" satu persatu email yang tidak mahhu disimpan. Dan setiap kali sebelum aku "tick" kan email itu, ku teliti satu persatu.

"Aaahhh.. ni tak guna ni.. ni xperlu.. ni xpakai ni.. sume ni boleh delete. Aduh, nak tick all karang terdelete pulak email yg lama2 dan penting. Hmmm.. terpaksa la tengok satu persatu"

Dan akhirnya selesailah aku men"delete"kan sebanyak 1900++ email dalam masa 30 minit. Dan setiap saat yg berlalu.... bunyi Klik ... klik.... klik.... tap ... tap .... tap .... sentiasa menemani malamku. Dan akhirnya aku berkata:

"Fuuuhhhh.. habispun 1900++ email yg xpakai ni. "
"LAPANG sikit email aku ni"
"KEMAS DAN TERSUSUN"

Dan aku tersenyum pahit...
kerana menyedari sesuatu........
yang tanpa aku sedari, menyedarkan aku sendiri
termenung.... angkara teknologi.


Dalam masa 30 minit. Jari jemari sibuk menekan keyboard dan mouse. Dalam 30 minit, 1900+ kali jari ini bersentuhan dengan keyboard dan mouse. Dalam masa yg sama, sepanjang perjalanan itu, mulut ini tidak berhenti berbicara. Menyanyi.. ketawa dan sebagainya......
Astaghfirullah, begini mudah manusia leka dan alpa. Aku memperuntukkan 30 minit untuk menekan 1900++ email lama dan membacanya untuk mengetahui isi kandungannya. 1900++ bukanlah angka yg sedikit. Air mata mula bergenang di kelopak mata.

Seumur hidupku, tidak pernah aku lontarkan jari jemari untuk melurut tasbih sambil memuji2 kebesarannya selama 30minit. Tidak pernah aku melurut tasbih itu sebanyak 1900++ kali untuk mengemaskan diri ku kepada SANG PENCIPTA. Paling banyak diri ini mengira butiran tasbih hanyalah 33 x 3 = 99 kali setiap selepas solat. Apalah nilainya jika dibandingkan dengan 1900++

Dan kini telah aku sedari. Dalam masa 30 minit sebenarnya banyak yg kita mampu lakukan untuk mengemas kini hubungan kita dengan ALLAH. Cuma kita yang malas. Kita sebuk dengan hal2 dunia sedangkan kita tidak pernah berusaha gigih untuk mencantikkan amalan kita. Kita utamakan hal2 dunia sedangkan KEUTAMAAN ukhrawi kita abaikan.


PERSOALANNYA.... SEDARKAH KITA??
SEDARKAH KAMU??
SEDARKAH UMAT MANUSIA??
SEDARKAH MUSLIMIN MUSLIMAT SEKALIAN??

BAHANA TELAH MENIMPA..
HANYA KERANA KECANGGIHAN TEKNOLOGI
KITA LEKA DAN ALPA.
RENUNG-RENUNGKAN LAH.
MUHASABAH DIRI KITA.
MOGA BEROLEH KEBAIKAN.
SEKIAN.
WASSALAM.

Thursday, October 14, 2010

Lelaki Acuan Al-Qur'an

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.